Jumaat 05 Jun 2020 | 12 Syawal 1441H       Direktori      Webmail

Suarakan pendapat anda |             

Makluman (13)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Untuk makluman semua, Berikut adalah pautan kepada ID Google Classroom terbaru yang telah dikemaskini oleh KPM. Ibu bapa anak-anak terutamanya Tingkatan 1 ambilan kedua keatas, boleh semak akaun anak-anak yang terbaru

Klik disini - Pautan ID GC SABDA Terbaru

 

Contoh default password murid : id murid =m-12345 dan id sekolah =sekolah-972. Default password murid = M12345s972

Jika anda pernah menukar katalaluan, sila hubungi Cikgu Faizal di nombor telefon yang boleh diperolehi daripada Kumpulan Telegram Rasmi SABDA untuk reset katalaluan

Read More

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga Allah melindungi kita semua daripada wabak Covid-19 ini. 

Untuk makluman semua, murid-murid boleh memperolehi akaun emali GC terbaru dalam pautan dibawah.

https://drive.google.com/file/d/1WuCTlj4cpUVfhQABAN9U-qFJgNQnpih3/view?usp=sharing

*Bagi murid tingkatan 5 dan 3, kelas GC telah diwujudkan mengikut tingkatan. Email jemputan ke GC tersebut telah dihantar ke email anda. Terima kasih 

 

Contoh default password murid : id murid =m-12345 dan id sekolah =sekolah-972. Default password murid = M12345s972

Jika anda pernah menukar katalaluan, sila hubungi Cikgu Faizal (norfaizal[at]sabda[dot]edu[dot]my) untuk reset katalaluan

Read More

Keputusan SPM 2019 akan dikeluarkan pada 5 Mac 2020 Khamis. Diharapkan SABDA memperolehi keputusan yang baik.

Read More

Mesyuarat PIBG kali ke-12 Tahun 2020 akan diadakan pada 1 Mac 2020. Dijemput para Ibu Bapa untuk menghadiri mesyuarat ini. Butiran Mesyuarat adalah seperti berikut

Tarikh  :  1 MAC 2020

Masa    :  2.30 petang

Tempat :  Dewan Gemilang SABDA

 

Aturcara :

02.00 - Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru

02.30 - Ucapan alu-aluan pengacara majlis

           Nyanyian lagu Negaraku

           Bacaan Doa

           Ucapan Penasihat

           Penyampaian Sijil penghargaan kepada AJK 2019/2020

           Taklimat daripada Bank Rakyat

           Mesyuarat Agung PIBG 2020

05.00 - Bersurai

 

*Ibu Bapa diminta memberi maklum balas kehadiran ke Mesyuarat PIBG SABDA 2020 di pautan ini.

 

 

Read More

Dengan sukacita dijemput para ibu bapa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 Sesi 2018/2019 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

                        Tarikh              :10 Februari 2018 (Sabtu)
                        Masa                :2.30 petang
                        Tempat            :Dewan Gemilang, SABDA

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

- Ucapan Pengerusi Mesyuarat
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Laporan aktiviti PIBG 2017
- Pembentangan akaun PIBG berakhir Disember 2017
- Pembubaran AJK PIBG sesi 2017/2018
- Pemilihan AJK PIBG sesi 2018/2019
- Cadangan dan meluluskan bagi bayaran tambahan majalah, sumbangan PIBG
- Perbahasan usul/cadangan
- Ucapan penangguhan

Kehadiran Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan majlis bersama-sama memberi pandangan untuk kemajuan pelajar dan sekolah.

Read More
Tagged under

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh akan mengadakan Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru kali pertama bagi tahun 2018 seperti ketetpan yang berikut:

Tarikh : 27 Januari 2018 (Sabtu)

Masa : Bermula 8.30 pagi

Tempat : Dewan Gemilang dan Kelas

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

8.30 pagi     :     Pendaftaran ibu bapa

9.00 pagi     :     Bacaan doa
                        Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kamarularipin bin Jaffar (Pengetua SABDA)

9.30 pagi     :     Interaksi/ Permuafakatan ibu bapa dan guru

11.30 pagi   :     Majlis bersurai

 

Majlis ini diadakan bertujuan menjalin ukhwah dan pemuafakatan ibu bapa dan guru bersama-sama menjana idea merancang perkara-perkara berikut:

  1. Pembangunan prasarana fizikal dan keceriaan bilik darjah.
  2. Pembangunan kecemerlangan prestasi akademik.
  3. Membina sahsiah, motivasi dan jati diri murid.
  4. Pembangunan prasarana sukan dan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Hal-hal lain.


Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat membina permuafakatan, mengeratkan hubungan, bertukar-tukar pandangan dan membentuk jalinan kerjasama antara ibu bapa dengan guru-guru khususnya guru kelas. Diharapkan dalam majlis ini ibu bapa dan guru bersama-sama terlibat utk merancang dan melaksanakan aktiviti bagi membentuk kemenjadian murid dan melahirkan murid yg berketerampilan selaras dgn Falsafah Pendidikan.

 

 

Read More

Perhatian kepada bekas pelajar SABDA yang telah menduduki SPM 2016, Sijil SPM 2016 boleh mula diambil di pejabat Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Waktu berurusan di pejabat adalah mengikut waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang). 

Diingatkan kepada bekas pelajar bahawa : 

  • Sijil dan Pernyataan Keputusan dikeluarkan sekali sahaja
  • Sijil dan Pernyataan Keputusan hendaklah dijaga dengan baik
  • Tiada pembetulan maklumat selepas Sijil dan Pernyataan Keputusan dikeluarkan
  • Sebarang pemalsuan Sijil dan Pernyataan Keputusan adalah perbuatan jenayah dan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Jenayah Seksyen 463
Read More

Pendaftaran baru bagi pelajar tingkatan 1 merupakan agenda rutin yang diadakan pada setiap tahun di setiap sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan urusan pembukaan fail peribadi pelajar itu sendiri. Selain itu, majlis pendaftaran merupakan satu hari yang mana ibu bapa serta pelajar dapat bersua muka dengan barisan pentakbir dan tenaga pengajar di sekolah ini. Lazimnya pada hari pendaftaran juga pihak sekolah akan membuat kutipan yuran serta menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan hasrat dan harapan sekolah terhadap pelajar yang baru masuk.

Sehubungan dengan itu, majlis pendaftaran secara tidak langsung merupakan pembuka dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan pelajar baru.

Berikut adalah sedikit maklumat untuk para pelajar yang akan mendaftarkan diri pada 10 Januari 2018. Tahniah diucapkan.

 

 

 

ATURCARA MAJLIS :

7.30pg       : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan Gemilang SABDA

9.00pg       : Majlis Pendaftaran (Sesi 1)

11.00pg     : Sesi Taklimat Taklimat Oleh YDP PIBG

                   Taklimat bersama Pen. Kanan HEM

                   Majlis Penyerahan dan Penerimaan Pelajar Baru

                   Ikrar dan Akujanji Pelajar (Masuk Asrama selepas Selesai Taklimat)

12.00tgh    : Majlis Pendaftaran (Sesi 2)

1.00ptg      : Ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak keluar dan diwajibkan menghantar kembali pada pukul 3.00 petang di Dewan Gemilang

Read More

Terbaru! Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh(MPMSABDA) telah mempunyai halaman facebook. Jemput singgah ke halaman facebook MPMSABDA dan jangan lupa untuk like halaman tersebut. 

Sedikit maklumat berkaitan MPMSABDA. Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (MPMSABDA) teridiri daripada para pelajar terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah dalam hal meningkatkan pencapaian sahsiah serta disiplin pelajar ke tahap yang lebih baik. MPMSABDA terdiri daripada Lembaga Disiplin Sekolah, Lembaga Pengawas dan Badan Dakwah dan Kerohanian. Program ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan terhadap sumbangan mereka dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lain dalam usaha badan-badan kepimpinan ini membantu pihak sekolah demi meningkatkan lagi disiplin serta sahsiah pelajar SABDA.

Read More

Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5  merupakan rutin yang diadakan pada setiap tahun di sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan  pembayaran wang makan asrama serta pembelian barang koperasi. Selain itu pelajar juga akan mengetahui kelas dan kamar masing-masing. 

Berikut merupakan aturcara program:

 

1.30ptg            : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan SABDA

2.00ptg            : Majlis Pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter kelas

                                    - Pembayaran wang asrama

                                    - Pembayaran wang koperasi

                        - Pendaftaran Asrama

Berikut adalah bayaran koperasi untuk setiap tingkatan:

Selamat kembali diucapkan kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

Read More
Tagged under
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…