Jumaat 19 Julai 2019 | 16 Zulkaedah 1440H       Direktori      Webmail

Suarakan pendapat anda |             

Pengurus Portal

Pengurus Portal

Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 merupakan rutin yang diadakan pada setiap tahun di sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan pembayaran wang makan asrama serta pembelian barang koperasi. Selain itu pelajar juga akan mengetahui kelas dan kamar masing-masing. Pendaftaran adalah pada 1 Januari 2019.

Berikut merupakan aturcara program:

1.30ptg : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan SABDA

2.00ptg : Majlis Pendaftaran

- Pendaftaran di kaunter pendaftaran

- Pendaftaran di kaunter kelas

- Pembayaran wang asrama

- Pembayaran wang koperasi

- Pendaftaran Asrama

Dengan sukacita dijemput para ibu bapa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 Sesi 2018/2019 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

                        Tarikh              :10 Februari 2018 (Sabtu)
                        Masa                :2.30 petang
                        Tempat            :Dewan Gemilang, SABDA

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

- Ucapan Pengerusi Mesyuarat
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Laporan aktiviti PIBG 2017
- Pembentangan akaun PIBG berakhir Disember 2017
- Pembubaran AJK PIBG sesi 2017/2018
- Pemilihan AJK PIBG sesi 2018/2019
- Cadangan dan meluluskan bagi bayaran tambahan majalah, sumbangan PIBG
- Perbahasan usul/cadangan
- Ucapan penangguhan

Kehadiran Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan majlis bersama-sama memberi pandangan untuk kemajuan pelajar dan sekolah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh akan mengadakan Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru kali pertama bagi tahun 2018 seperti ketetpan yang berikut:

Tarikh : 27 Januari 2018 (Sabtu)

Masa : Bermula 8.30 pagi

Tempat : Dewan Gemilang dan Kelas

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

8.30 pagi     :     Pendaftaran ibu bapa

9.00 pagi     :     Bacaan doa
                        Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kamarularipin bin Jaffar (Pengetua SABDA)

9.30 pagi     :     Interaksi/ Permuafakatan ibu bapa dan guru

11.30 pagi   :     Majlis bersurai

 

Majlis ini diadakan bertujuan menjalin ukhwah dan pemuafakatan ibu bapa dan guru bersama-sama menjana idea merancang perkara-perkara berikut:

  1. Pembangunan prasarana fizikal dan keceriaan bilik darjah.
  2. Pembangunan kecemerlangan prestasi akademik.
  3. Membina sahsiah, motivasi dan jati diri murid.
  4. Pembangunan prasarana sukan dan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Hal-hal lain.


Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat membina permuafakatan, mengeratkan hubungan, bertukar-tukar pandangan dan membentuk jalinan kerjasama antara ibu bapa dengan guru-guru khususnya guru kelas. Diharapkan dalam majlis ini ibu bapa dan guru bersama-sama terlibat utk merancang dan melaksanakan aktiviti bagi membentuk kemenjadian murid dan melahirkan murid yg berketerampilan selaras dgn Falsafah Pendidikan.

 

 

Jumaat, 19 Januari 2018 18:18

Makluman kepada Pelajar SPM 2016 SABDA

Perhatian kepada bekas pelajar SABDA yang telah menduduki SPM 2016, Sijil SPM 2016 boleh mula diambil di pejabat Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Waktu berurusan di pejabat adalah mengikut waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang). 

Diingatkan kepada bekas pelajar bahawa : 

  • Sijil dan Pernyataan Keputusan dikeluarkan sekali sahaja
  • Sijil dan Pernyataan Keputusan hendaklah dijaga dengan baik
  • Tiada pembetulan maklumat selepas Sijil dan Pernyataan Keputusan dikeluarkan
  • Sebarang pemalsuan Sijil dan Pernyataan Keputusan adalah perbuatan jenayah dan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Jenayah Seksyen 463
Ahad, 14 Januari 2018 19:55

Latihan dalam Perkhidmatan Siri 1/2018

Pada hari Sabtu yang lepas, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh telah mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan siri pertama tahun 2018. Slot pertama adalah berkaitan dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang telah disampaikan oleh En. Mohd. Hilmi bin Musa, Sisc+ daripada PPD Bagan Datuk. Manakala slot kedua disampaikan oleh Pengetua SABDA Tuan Haji Kamarularipin bin Jaffar berkaitan Pengurusan Sekolah.

 

 

 

Hari ini berlansungnya majlis pendataran pelajar tingkatan 1 ambilan 2018 Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah di pilih untuk menyertai Sekolah Berasrama Penuh dan mendaftarkan diri di SABDA pada hari ini. Pelbagai gelagat dan telatah pelajar baru dapat di lihat pada hari ini. 

Antara kaunter yang paling penting adalah kaunter pendataran asrama. Pelajar perlu mendaftarkan diri di kaunter ini untuk mendapatkan nombor bilik dan almari.

 

Setiap pelajar perlu mendaftakan diri di kaunter kelas masing-masing. Kaunter 1 Ibnu Sina sedang dipenuhi oleh ibu bapa pelajar.

 

Pengetua Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh sedang berinteraksi dengan salah seorang bapa kepada pelajar yang mendatarkan diri hari ini.

 

* Gambar-gambar penuh sekitar majlis boleh di lihat di Galeri Foto SABDA.

Pendaftaran baru bagi pelajar tingkatan 1 merupakan agenda rutin yang diadakan pada setiap tahun di setiap sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan urusan pembukaan fail peribadi pelajar itu sendiri. Selain itu, majlis pendaftaran merupakan satu hari yang mana ibu bapa serta pelajar dapat bersua muka dengan barisan pentakbir dan tenaga pengajar di sekolah ini. Lazimnya pada hari pendaftaran juga pihak sekolah akan membuat kutipan yuran serta menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan hasrat dan harapan sekolah terhadap pelajar yang baru masuk.

Sehubungan dengan itu, majlis pendaftaran secara tidak langsung merupakan pembuka dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan pelajar baru.

Berikut adalah sedikit maklumat untuk para pelajar yang akan mendaftarkan diri pada 10 Januari 2018. Tahniah diucapkan.

 

 

 

ATURCARA MAJLIS :

7.30pg       : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan Gemilang SABDA

9.00pg       : Majlis Pendaftaran (Sesi 1)

11.00pg     : Sesi Taklimat Taklimat Oleh YDP PIBG

                   Taklimat bersama Pen. Kanan HEM

                   Majlis Penyerahan dan Penerimaan Pelajar Baru

                   Ikrar dan Akujanji Pelajar (Masuk Asrama selepas Selesai Taklimat)

12.00tgh    : Majlis Pendaftaran (Sesi 2)

1.00ptg      : Ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak keluar dan diwajibkan menghantar kembali pada pukul 3.00 petang di Dewan Gemilang

Terbaru! Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh(MPMSABDA) telah mempunyai halaman facebook. Jemput singgah ke halaman facebook MPMSABDA dan jangan lupa untuk like halaman tersebut. 

Sedikit maklumat berkaitan MPMSABDA. Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (MPMSABDA) teridiri daripada para pelajar terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah dalam hal meningkatkan pencapaian sahsiah serta disiplin pelajar ke tahap yang lebih baik. MPMSABDA terdiri daripada Lembaga Disiplin Sekolah, Lembaga Pengawas dan Badan Dakwah dan Kerohanian. Program ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan terhadap sumbangan mereka dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lain dalam usaha badan-badan kepimpinan ini membantu pihak sekolah demi meningkatkan lagi disiplin serta sahsiah pelajar SABDA.

Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5  merupakan rutin yang diadakan pada setiap tahun di sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan  pembayaran wang makan asrama serta pembelian barang koperasi. Selain itu pelajar juga akan mengetahui kelas dan kamar masing-masing. 

Berikut merupakan aturcara program:

 

1.30ptg            : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan SABDA

2.00ptg            : Majlis Pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter kelas

                                    - Pembayaran wang asrama

                                    - Pembayaran wang koperasi

                        - Pendaftaran Asrama

Berikut adalah bayaran koperasi untuk setiap tingkatan:

Selamat kembali diucapkan kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

Alhamdulillah cuti akhir tahun 2017 hampir melabuhkan tirai. Bumi SABDA kembali dipenuhi oleh para pendidik berjiwa kental dan bersemangat waja. Bermula 27 - 29 Disember 2017, guru-guru SABDA menghadiri mesyuarat- mesyuarat yang telah ditetapkan.

Mesyurat Guru Bil.1/18 - 27 Disember 2017

Dengan azam baru 2018, guru-guru telah memperbaharui Ikrar Perkhidmatan dan Ikrar Guru. Ikrar-ikrar ini diketuai oleh En. Firdaus selaku Pengerusi Kelab Guru SABDA. Diharapkan dengan ikrar-ikrar yang telah diperbaharui ini dapat menyuntik semangat guru-guru SABDA untuk bertugas dengan lebih berdedikasi.

Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil.1/18 pada hari kedua

 

Page 1 of 2
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…