Ahad 05 Julai 2020 | 14 Zulkaedah 1441H       Direktori      Webmail

Suarakan pendapat anda |             

Pengurus Portal

Pengurus Portal

Pendaftaran baru bagi pelajar tingkatan 1 merupakan agenda rutin yang diadakan pada setiap tahun di setiap sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan urusan pembukaan fail peribadi pelajar itu sendiri. Selain itu, majlis pendaftaran merupakan satu hari yang mana ibu bapa serta pelajar dapat bersua muka dengan barisan pentakbir dan tenaga pengajar di sekolah ini. Lazimnya pada hari pendaftaran juga pihak sekolah akan membuat kutipan yuran serta menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan hasrat dan harapan sekolah terhadap pelajar yang baru masuk.

Sehubungan dengan itu, majlis pendaftaran secara tidak langsung merupakan pembuka dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan pelajar baru.

Berikut adalah sedikit maklumat untuk para pelajar yang akan mendaftarkan diri pada 10 Januari 2018. Tahniah diucapkan.

 

 

 

ATURCARA MAJLIS :

7.30pg       : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan Gemilang SABDA

9.00pg       : Majlis Pendaftaran (Sesi 1)

11.00pg     : Sesi Taklimat Taklimat Oleh YDP PIBG

                   Taklimat bersama Pen. Kanan HEM

                   Majlis Penyerahan dan Penerimaan Pelajar Baru

                   Ikrar dan Akujanji Pelajar (Masuk Asrama selepas Selesai Taklimat)

12.00tgh    : Majlis Pendaftaran (Sesi 2)

1.00ptg      : Ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak keluar dan diwajibkan menghantar kembali pada pukul 3.00 petang di Dewan Gemilang

Terbaru! Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh(MPMSABDA) telah mempunyai halaman facebook. Jemput singgah ke halaman facebook MPMSABDA dan jangan lupa untuk like halaman tersebut. 

Sedikit maklumat berkaitan MPMSABDA. Majlis Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (MPMSABDA) teridiri daripada para pelajar terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah dalam hal meningkatkan pencapaian sahsiah serta disiplin pelajar ke tahap yang lebih baik. MPMSABDA terdiri daripada Lembaga Disiplin Sekolah, Lembaga Pengawas dan Badan Dakwah dan Kerohanian. Program ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan terhadap sumbangan mereka dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lain dalam usaha badan-badan kepimpinan ini membantu pihak sekolah demi meningkatkan lagi disiplin serta sahsiah pelajar SABDA.

Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5  merupakan rutin yang diadakan pada setiap tahun di sekolah. Pendaftaran ini diadakan bertujuan untuk memudahkan  pembayaran wang makan asrama serta pembelian barang koperasi. Selain itu pelajar juga akan mengetahui kelas dan kamar masing-masing. 

Berikut merupakan aturcara program:

 

1.30ptg            : Persediaan Majlis Pendaftaran di Dewan SABDA

2.00ptg            : Majlis Pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter pendaftaran

                        - Pendaftaran di kaunter kelas

                                    - Pembayaran wang asrama

                                    - Pembayaran wang koperasi

                        - Pendaftaran Asrama

Berikut adalah bayaran koperasi untuk setiap tingkatan:

Selamat kembali diucapkan kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

Alhamdulillah cuti akhir tahun 2017 hampir melabuhkan tirai. Bumi SABDA kembali dipenuhi oleh para pendidik berjiwa kental dan bersemangat waja. Bermula 27 - 29 Disember 2017, guru-guru SABDA menghadiri mesyuarat- mesyuarat yang telah ditetapkan.

Mesyurat Guru Bil.1/18 - 27 Disember 2017

Dengan azam baru 2018, guru-guru telah memperbaharui Ikrar Perkhidmatan dan Ikrar Guru. Ikrar-ikrar ini diketuai oleh En. Firdaus selaku Pengerusi Kelab Guru SABDA. Diharapkan dengan ikrar-ikrar yang telah diperbaharui ini dapat menyuntik semangat guru-guru SABDA untuk bertugas dengan lebih berdedikasi.

Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil.1/18 pada hari kedua

 

Program Global i-Lead STEM Camp (GISC 2017) anjuran PIBG SBPI SELANDAR, Melaka dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 17 hingga 22 Disember 2017 yang lepas. SABDA telah menghantar dua orang peserta iaitu Nor Alia Airin Bt. Mohd Ghazali (4ABT) dan Nur Syukrina Bt. Amirudin (4ABT).

Kedua-dua peserta telah memilih Kimia sebagai bidang projek dengan tajuk projek, Bio-Dlyte (Bio-Based Solid Polymer Electrolyte). Mereka telah dibimbing oleh pensyarah daripada UPM iaitu Dr. Min Min Aung. Alhamdulillah Kedua-dua peserta telah membawa pulang anugerah 'Most Innovative Project Award' dan 'Gold Award'. Tahniah diucapkan kepada saudari Nor Alia Airin dan saudari Nur Syukrina.

 

Jumaat, 22 Disember 2017 06:52

Laman Web SABDA Berwajah Baru

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,
                 Selamat datang kami ucapkan, Moga manfaat jua diperolehi.

Untuk makluman pengunjung-pengunjung laman web rasmi Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA), laman web SABDA kini berwajah baru. Pihak kami dalam proses untuk mengemaskini isi kandungan atau maklumat yang terdapat dalam laman web ini. Mohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dialami.

Sekian, terima kasih

Sekarang sedang berlangsung Sesi UKSBP pada hari kedua. Alhamdulillah walaupun hujan lebat membasahi bumi SABDA pada subuh hari pertama UKSBP di SABDA, kesemua sesi berjalan dengan lancar. Purata murid yang hadir setakat ini adalah 25 daripada 30 calon.

 

 Pengetua SABDA Tuan Haji Kamarularipin sedang melihat perjalanan UKSBP sesi pertama

Sesi UKSBP ini juga dihadiri oleh pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bagan Datuk. Bantuan daripada mereka sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan UKSBP di SABDA daripada segi sokongan teknikal. Diharapkan UKSBP di SABDA dan juga di pusat-pusat yang lain berjalan dengan lancar. 

Pegawai PKG Bagan Datuk sedang membantu salah seorang calon UKSBP

Pada sesi 1 hari kedua, terdapat masalah yang berlaku kepada talian internet 1Bestarinet menyebabkan bandwith talian jatuh ke 0.3mbps dan menyukar para calon untuk masuk ke laman web ujian. Setelah 30 minit menghadapi kesukaran akhirnya talian kembali stabil dan calon dapat mengakses laman web ujian dengan lancar. Setelah laporan masalah internet ini diadukan kepada pegawai atasan, sekolah telah dikunjungi oleh pegawai daripada YTL bagi mengenalpasti masalah tersebut. Dikesan terdapat sedikit kerosakan pada kabel direct feed dan Alhamdulillah telah dibaiki oleh pegawai daripada YTL.

Salah seorang pegawai YTL yang datang untuk mengenalpasti masalah talian internet 1Bestarinet

sdvsdsf

Ahad, 10 Disember 2017 23:05

Makluman UKSBP SM Sains Bagan Datoh


UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH


11 hingga 13 Disember 2017
Makmal Komputer 1, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh

 

Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di SABDA anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :

  1. Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran. *PERINGATAN : ANGKA GILIRAN ialah 'nama pengguna' sistem.
  2. Diwajibkan berpakaian kemas (baju sekolah) dan berkasut.
  3. Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran (Dewan Gemilang SABDA) sekurang- kurangnya 45 minit lebih awal sebelum sesi bermula.
  4. Bergerak ke Bilik Menunggu (1 Ibnu Battutah) selepas selesai sesi pendataran. Ibu bapa dilarang mengiringi anak-anak ke Bilik Menunggu. 
  5. Tepat pada waktu mengikut jadual, anda akan akan dibawa ke Bilik UKSBP (Makmal Komputer 1).
  6. Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.
  7. Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Makmal Komputer ( Bilik Ujian).
  8. Angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.
  9. Minta kertas dan pen daripada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) jika memerlukan.
  10. Gunakan masa 90 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
  11. Seorang calon hanya layak 'log in' sekali sahaja ke dalam sistem. JANGAN sesekali menekan butang Log Keluar selagi belum tamat menjawab.
  12. Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang
Khamis, 30 November 2017 21:31

Tahniah Kepada Calon UKSBP

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang dijemput untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2017. Kepada murid-murid yang masih belum mengetahui keputusan panggilan UKSBP, anda boleh menyemak samada anda layak atau tidak untuk menduduki UKSBP di pautan ini

Sedikit maklumat berkaitan UKSBP, ia diwujudkan atas beberapa asas pertimbangan antaranya ialah:

  • Perubahan Sistem Pentaksiran Semasa
  • Meningkatkan kualiti pemilihan murid ke SBP
  • Meningkatkan kebolehpercayaanpemilihan
  • Sokongan kepada sistem pemilihan sedia ada

UKSBP merupakan mekanisme saringan utama bagi memastikan murid yang dipilih mempunyai ciri-ciri selaras dengan matlamat penubuhan SBP iaitu kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme. Secara ringkasnya UKSBP merupakan ujian secara dalam talian dan berbantukan komputer. Jumlah soalan adalah sebanyak 50 soalan manakala tempoh ujian pula adalah selama 90 minit. Calon UKSBP akan mengambil ujian ini di Sekolah Berasrama Penuh yang dipilih

Page 3 of 3
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…