Isnin 21 Mei 2018 | 5 Ramadan 1439H       Direktori      Webmail

Suarakan pendapat anda |             

Sepintas Lalu

Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) mula dibina pada tahun 2007 di atas tanah berkeluasan 25.8 ekar di lot 6026, Mukim Bagan Datoh, Hilir Perak. Keluasan sebenar sekolah ini ialah 50 ekar namun sebahagian 24.2 ekar tanah masih belum dibangunkan.

Pada 27 Februari 2009, proses penyerahan tapak oleh kontraktor bertanggungjawab iaitu CMS Construction(M) Sdn. Bhd kepada Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilakukan. SABDA mula beroperasi sepenuhnya dengan kemasukan seorang caretaker iaitu Guru Penolong Kanan dari Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Encik Addenan Osman pada 8 Mac 2009. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mohd Ardani bin Yunos.

Seramai 184 orang  pelajar tingkatan 1 dan  tingkatan 4 mendaftar masuk pada 12 Mei 2009. Sekolah ini telah dirasmikan pada 8 Julai 2010 dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah Ibni  Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K.A.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…